Tuesday, September 6, 2011

Common sense is not common anymore

My good friend Datuk Seri Azman Ujang, the former head of BERNAMA sent a letter to one News Editor of which I was copied. I'm publishing his letter on my blog, in case his letter does not see the light of day. Here is his letter.

Somalia
Common sense vs good intention

Everyone lauds the good intention of the Putera 1Malaysia Club's humanitarian mission to Somalia but what the organisers of the mission clearly lack is common sense.

And this proved very costly with the killing of Bernama TV cameraman Noramfaizul Mohd Nor during an attack by rebel forces in Mogadishu on Friday. Firstly, the mission went ahead with its trip to Somalia against the advice of our own Foreign Ministry and bringing with it such a large group of media people in tow.

Everyone knows that Somalia has been at war with itself for over 20 years. It's a lawless country run by tribal war-lords with their own armies. Dr. Mohamed Abbas, a former chairman of the Somali community in Malaysia, warned in a letter to this column only a few days ago that " Mogadishu is the most volatile and dangerous city in the world".

If only some home-work had been done before embarking on the mission, then certainly its members would not be so glaringly unprepared by even ignoring the very basic safety precaution of wearing bullet-proof vests.

For a mission to distribute welfare aid such as food in the famine-stricken country, it would have made more sense if such noble intentions be carried out without so much publicity.

The presence of foreign media people in Somalia surely attracted undue attention locally and in a country where death is just around the corner and life is so cheap, the trigger-happy militias would just have another excuse to shoot at targets. Being a former head of Bernama, I particularly mourn the death of my ex-colleague who had shown such exemplary courage in the line of duty.

I met one Somali official who accompanied Noramfaizul's body on the return flight on Sunday and what he told me further drove home the point I'm trying to make above.
He said that on hindsight, it would have been much wiser if the food items to the starving Somalis had been handed over to the United Nations agencies inside Somalia without fuss and publicity.

In other words, Malaysians need to tamper their caring attitude and love for the sufferings of others with common sense.


Azman Ujang
Gombak, Selangor

Wednesday, August 24, 2011

IMPIAN YANG BOLEH JADI KENYATAAN

Saya mengimpikan sebuah negara yang rakyat berbilang kaumnya hidup sejahtera dan bahagia. Saya impikan pemimpin-pemimpin negara ini di tiap-tiap peringkat kerajaannya (baik persekutuan, negeri, mahupun tempatan) dipilih dalam kalangan orang-orang yang berilmu dan bijaksana, beriman, bertanggungjawab (yang tahu menanggung beban negara dan mampu pula menjawab untuk kepentingan rakyat), berintegriti dan berakhlak mulia.

Dalam negara yang saya impikan ini, pemimpin-pemimpinnya (biar daripada sebelah mana pun) menjelaskan falsafah perjuangan masing-masing kepada rakyat dengan berhemah dan bukan mencari salah dan segala keaiban lawan di dedah.

Negeri-negeri dalam negara ini dilengkapi prasarana asas sama rata. Pendapatan negara, termasuk wang-wang yang diselamatkan daripada menjadi habuan pemberi dan penerima rasuah diberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan diagihkan untuk membina sekolah, hospital, universiti, dan jalanraya diseluruh negara. Rakyat miskinnya pula tidak kira kaum dan fahaman politik diberi bantuan untuk mereka ini keluar daripada lingkaran keminskinan. Nisbah doktor dengan pesakit di negara yang saya impikan ini adalah yang terbaik di dunia. Begitu juga dengan nisbah katil di hospital berbanding pesakit. Udara dan air dalam negara ini bebas daripada pencemaran. Sistem pengangkutan jalan, keretapi, air dan udara menghubungkan setiap bandar dan pekan berjalan dengan berkesan. Kualiti hidup rakyat menjadi keutamaan dan bukan banyak mana pendapatan yang perlu diperolehi negara.

Pelaburan negara yang saya impikan ini memberi penumpuan kepada sektor pendidikan. Pendidikan diberi keutamaan dan dijadikan kunci kepada keseluruhan program pembangunan negara. Pelajar-pelajar terpintar dalam negara ini diberi biasiswa penuh dan dihantar ke universiti-universiti terbaik dunia untuk dilatih menjadi guru. Hanya dengan guru-guru yang terbaik, kita dapat mencanai modal insan kita untuk menjadi terbaik pada masa hadapan. Anak-anak murid yang berguru dengan guru yang baik sudah pasti akan bercita-cita untuk mengikut jejak langkah guru mereka memasuki universiti terbaik dunia.

Sistem pendidikan bersepadu dalam negara ini menekankan kepada nilai-nilai murni dan budaya masyarakat. Guru-guru peringkat rendah bukan setakat mendidik murid-murid untuk menulis, membaca dan mengira sahaja, tetapi mereka juga mendidik bagaimana untuk menghormati kaum-kaum lain. Guru-guru menengah pula yang mengajar akan menentukan disetiap penghujung kelas mereka akan menekankan bahawa ilmu yang mereka didik kepada anak-anak murid mereka bukan untuk disalah-gunakan, sebaliknya untuk digunakan kearah kebaikan masyarakat. Sebagai contoh, guru perdagangan yang mengajar simpan kira umpamanya perlu menekankan bahawa ilmu membuat imbangan dalam simpan kira itu jangan disalah-gunakan untuk menyembunyi keuntungan agar tidak perlu membayar cukai, sebaliknya dijelaskan kepentingan untuk bersifat jujur dan amanah.

Budaya kesarjanaan hidup segar di pusat-pusat pengajian tinggi. Para ilmuan dan sarjanawan di menara gading negara ini membantu membangunkan negara sebagai public intellectual yang bertanggungjawab. Pandangan tokoh-tokoh ilmuan ini sering dirujuk oleh pemimpin negara, dan bukan hanya bila menghadapi masalah dalam masyarakat.

Bandar-bandar, kawasan desa dan kampung dibangunkan sebagai taman ilmu. Budaya membaca terbina dalam kalangan rakyat negara ini. Perpustakaan, muzium dan galeri lukisan mempunyai pengunjung yang sama ramai dengan pengunjung-pengunjung gedung-gedung jualan. Masjid, gereja, kuil dan rumah-rumah ibadat mempunyai program bersama masyarakat. Jurang digital antara desa dan bandar telah dijambatankan dengan adil dan media sosial memainkan peranan sebagai pemberi maklumat yang bertanggung-jawab.

Budaya ilmu terbina dalam masyarakat di negara ni. Adab bukan hanya di meja makan tetapi adab dalam serba serbi kehidupan. Seperti yang pernah ditulis dalam puisi oleh seorang tokoh ilmuan negara:

Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur
pada betapa panjangnya umur
pada berapa keping ijazah dirangkul
pada banyak pendapatan terkumpul

Negara juga dianggap maju bukan
pada bangunan gagah tinggi menombak awan
pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung
pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung

Negara maju, baldat tayyibah tujuan orang beriman
dipacak pada budi perkerti rakyat pelbagai lapisan.



Setelah bangun daripada mimpi saya itu, dengan menggunakan gaya puisi yang sama, saya menulis puisi di bawah ini:

Terbinanya negara bangsa kawanku bukan diukur
hanya pada banyak mana wang yang di hulur
atau gemilang mana bendera di jalur

Terbinanya negara bangsa juga tidak bermakna segala gagasan besar orang politik (biar di sebelah mana pun) perlu diakur
dan sesiapa yang menyanggah akan dihambur
Negara bangsa kawanku harus dibina
dengan ilmu,
dengan memberi ruang utk berbeza pendapat
dengan kefahaman kepada tuntutan dunia dan akhirat

ianya juga harus dilaksanakan
dengan ikhlas untuk kesejahteraan dan kebahagiaan
dengan keberanian untuk kebenaran, dan
dengan kesabaran.


Semua ini bukan hanya mimpi dan mustahil untuk di kecapi. Kita perlu semangat dan keyakinan diri. Bak kata orang tua-tua Melayu, “Apabila hidup hendak terpuji, teguhkan semangat dan percaya diri” atau dikatakan juga “apabila hidup hendak berjaya, kepada diri sendiri harus percaya”.

Tidak ada perkara yang akan datang bergolek. Semuanya memerlukan usaha dan komitmen tinggi. Sempena Ramadhan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar impian kita ini akan menjadi kenyataan. Dengan doa kita, dengan kesabaran, dengan keberanian pada kebenaran, dan dengan keikhlasan, moga-moga segala ibadah kita di terima Tuhan.

Selamat menyambut Eidul Fitri dan Selamat Hari Merdeka!

ANIS YUSAL BIN YUSOFF